Loading...

Sunday, July 22, 2012

Tuesday, September 27, 2011

FINAL EXAM !

Assalamualaikum, alhamdulillah dengan izin Allah, tergerak rasa hati ingin menulis di laman blog yang hampir 2 tahun tidak terusik. apa khabar rakan pena sekalian? semoga antum berada di dalam rahmat dan naungan Allah senantiasa. Ya, sekarang ni musim periksa, junior2 ana baru habis TRIAL SPM, ana pulak mula periksa rabu 28/9 hingga 3/10, Junior ana yang lain akan mula periksa PMR 4/10 hingga 12/10. Bittaufiq wan Najah antum dan antunna..Allahu yubarik fikum, ''Allahumma ja'alna minan najihin wal fal-'izin fil imtihan fid dunnia wal akhirat'' ..insyaAllah. jawabla dengan hati yang tenang,jangan meniru kerana meniru akan memudaratkan diri kita juga, yakinla dengan bantuan Allah, banyakkan berdoa dan bertawakkal dan. tingkatkan usaha. Paling penting jaga hubungan kita dengan Allah, ibu-bapa, guru-guru dan rakan2 seperjuangan.. insyaAllah kita berjaya dalam kehidupan kita dunia dan akhirat.. akhir kalam..

pergi ke hutan memburu rusa,
berehat sebentar menikmati air kelapa,
hidup ini, bantu-membantulah sesama kita,
agar kejayaan itu dinikmati bersama.

wassalam~ :-)

Tuesday, November 30, 2010

MUHASABAH 2

Salam, perkataan yang selalu digunakan tatkala penulisan mula dikarang.. kem hafazan baru sahaja tamat beberapa hari yang lepas, sungguh seronok melihat murid2 gigih berusaha untuk menghafal..tenang sahaja rasa hati melihat mereka menghafal dengan bersungguh-sungguh..ada juga yang kuat bermain dan kuat bercakap, tetapi nak buat macam mana bercakap dan bergelak tawa itukan fitrah.. tamat kisah kem hafazan..

pada kali ini saya akan bawakan satu kisah, dimana kisah ini yang membuatkan saya terus sedar dalam lamunan diri saya..kisahnya bermula di sebuah negara yang diterajui oleh seorang raja yang kaya dan berpengalaman..pada suatu hari, raja ini memanggil 3 orang pembesarnya datang mengadap baginda.. raja itu bertitah''wahai ketiga-tiga pembesarku, beta inginkan buah-buahan, pergilah kalian ke kebun buah-buahan masing-masing dan penuhkan buah-buahan itu dalam satu guni.. setiap seorang satu guni.." maka titah sultan itu dijunjung..

pembesar pertama ini patuh dan tunduk dengan titah yang diberi,walaupun beliau tahu bahawa raja beliau seorang yang kaya tetapi beliau memilih buah yang elok dan cantik yang terdapat di kebunnya untuk dipersembahkan kepada rajanya, pembesar kedua pula tahu bahawa rajanya itu seorang yang kaya raya, maka beliau hanya kutip sahaja buah-buahan tidak kira sama ada elok atau tidak beliau campurkan sahaja sampai penuh satu guni untuk diberikan kepada raja, pembesar ketiga pula berfikir yang raja tidak akan melihat isi di dalam guninya dan beliau tahu yang rajanya sudah kaya lantas beliau kutip sahaja ranting, daun, kulit-kulit pokok untuk diisi di dalam guni tetapi di bahagian atas sekali beliau meletak sedikit buah-buahan untuk mengkaburi apa yang berada di bawah sedikit buah-buahan itu..

setelah diisi penuh satu guni mengikut kreativiti masing-masing, ketiga-tiga pembesar tadi itu mengadap raja mereka. raja itu bertitah" bagus pembesar-pembesarku, sekarang beta perintahkan kalian ambil guni masing-masing dan masuk ke dalam penjara selama 3 bulan.." ketiga-tiga pembesar itu terkejut dan terpaksa menurut perintah raja itu..

di dalam penjara, mereka tidak diberikan makan dan minum, bekalan mereka hanyalah guni masing-masing..pembesar pertama amat bersyukur kerana beliau memilih buah-buahan yang elok dan cantik,beliau makan buah-buahan yang dikutip itu selama berada di dalam penjara,selepas 3 bulan pembesar pertama ini masih hidup dan bertenaga serta sihat wal afiat.

pembesar kedua pula, berbekal dengan guni yang diisi dengan buah-buahan yang bercampur elok dan busuk..selepas tiga bulan, beliau keluar dengan perutnya sakit cirit-birit akibat makan buah yang busuk.

pembesar ke tiga pula, hanya mampu termenung dan terkedu melihat isi guninya dan tidak sampai 2 bulan mati di dalam penjara akibat kelaparan..

tamatlah cerita saya, lihatlah kalian ketiga-tiga watak pembesar itu, ada yang buat kerja dengan tekun, ada yang hendak dan tidak hendak buat kerja dan ada yang buat sambil lewa..kita kaitkan dengan kehidupan kita..kita sering melakukan ibadah wajib + ibadah sunat..sampai suatu ketika kita tiba-tiba rasa kita mula malas untuk lakukan ibadah itu lagi kerna kita rasa kita sudah banyak melakukan amalan..sedarlah wahai ikhwaniku, janganlah kita bangga dengan segala pekerjaan yang kita buat dan bangga dengan apa yang kita kecapi selama kita hidup..janganlah kita sombong dan berlagak macam amalan kita dah banyak..ingatlah NABI MUHAMMAD S.A.W ialah orang yang dijamin syurga, tetapi baginda tidak pernah berhenti melakukan ibadah kepada Allah sampai kaki baginda bengkak..akhir sekali ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AS-SOFF AYAT 2 MAKSUDNYA ''WAHAI ORANG YANG BERIMAN MENGAPA KAMU KATAKAN PERKARA YANG KAMU TIDAK BUAT?''

sampai disini sahaja kalam saya, ambillah hibroh wahai ikhwaniku..

-Wasalam-

-~maafkan aku andai keterlaluan bicaraku ini..~-

Monday, November 22, 2010

MUHASABAH

Salam, sudah lama tidak mengarang..rindu tetiba terbit pada hati untuk menulis.. Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada diri ini dan antum semua untuk bernafas agar dapat teruskan aktiviti2 yang bermanfaat insyaAllah,saya ingin menceritakan sebuah kisah kepada antum, kisah ini bermula tatkala seorang pemuda yang kehilangan arah tujuan, merayau-rayau di tengah2 jalan keseorangan tanpa berteman.. semasa beliau melalui jalan yang gelap atau lorong yang gelap atau jalan yang tidak mempunyai lampu jalan, secara tiba2 di penghujung jalan tersebut, pemuda itu ternampak sebuah lorong yang lampunya bercahaya dan melihat ada seorang pemuda sedang duduk.. beliau mempercepatkan langkah untuk berjumpa pemuda yang sedang duduk tadi..pabila sampainya beliau..


bersambung..


haha gurau je, tatkala beliau sampai, beliau pun bertanya dengan penuh tanda tanya, ''kenapa saudara duduk di bawah sinaran lampu ini?'' pemuda yang duduk itu menjawab 'saya sedang mencari sesuatu' pemuda itu bertanya kembali 'apakah barang yang saudara cari itu?' pemuda yang duduk itu jawab '' kunci kereta'' pemuda itu berkata 'boleh saya tolong carikan?' silalah kata pemuda yang duduk itu..setelah hampir 45 minit mencari, tidak juga ketemu kunci kereta itu..pemuda itu bertanya kepada pemuda yang duduk itu, 'benarkah saudara kehilangan kunci kereta disini?' pemuda yang duduk itu jawab 'tidak, saya hilang dalam rumah'..pemuda tadi itu terdiam..

saya tahu anda semua tidak berapa faham dengan cerita saya ini, saya akan terangkan.. inilah kisah hidup kita,apabila kita sedar kesalahan diri kita, kita muhasabah..tapi antum semua perlu tahu apa tujuan muhasabah dan bagaimana ingin melakukannya.. ada orang muhasabah tapi dia muhasabah luar pada diri dia bukan di dalam diri dia, macam dalam kisah tadi, hilang kunci kat dalam rumah tapi cari dekat luar rumah.. pokoknya, kita perlu selami diri kita, tanya hati kita apa yang kita sudah lakukan..muhasabah dalaman dan luaran bukan luaran sahaja.. contoh kalau kita merokok, kita nak berhenti , tapi cuba cuba cuba tak dapat jugak..kenapa??sebab kita tak betul2 ingin berhenti.. kerana luaran kita sahaja yang nak berhenti tapi dalaman mahu lagi.. maka saya menyeru kepada semua umat ISLAM dan pembaca blog agar tingkatkanlah ketaqwaan kepada Allah..insyaAllah..

maafkan aku andai keterlaluan bicaraku ini..

wassalam

Tuesday, July 13, 2010

ADD MATH

Salam kembali..berita sensasi..''ADDMATH''..apabila mendengar perkataan itu, terus nak pergi bilik air..(takutla katakan)..tatkala tiba masa addmath, derapan tapak kaki guru addmath dapat didengari sejauh dua gunung..macam tahu-tahu je bunyi macam ni guru subjek ni, bunyi macam tu guru subjek tu.. kalau bunyi tapak kaki ana, logik ar gak dari jauh boleh dengar..pada akhir tahun tingkatan 3,mereka(murid-murid f3) sudah dengar2 daripada pelajar menengah atas(senior) yang subjek addmath ni susah..tak paham, banyak formula.. naik tingkatan 4..terus perasaan takut menyelubungi diri..macam mana nak lawan musuh islam kalau kena psikologi kecil macam ni, terus dah down..lemah semangat..dengarnya keputusan baru-baru ni ramai yang tidak memuaskan..takpe, jangan putus asa.. dalam kehidupan kita ni, jangan takut untuk gagal, kerana gagal adalah asas kejayaan..tapi janganla salah gunakan pulak kata-kata hikmah itu, biar main-main dalam kelas pastu gagal periksa..salah tu..maksud kata-kata itu, tambahkan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal..bulan baru sudah bermula, tukarkanlah firasat addmath ni susah apa semua yang negatif kepada positif, Ust Shahrul pernah berkata''kalau kamu kata addmath ni susah, addmath ni subjek yang susah nak score dan kamu kata kamu benci addmath, maka apa yang kamu cakap itu, itu yang kamu dapat..asbabnya bila kamu benci sesuatu, kamu anggap sesuatu itu benda yang sukar, perasaan kamu pada benda itu dah tiada..maka secara automatik fizikal kamu akan ikut sekali..tulah yang time addmath je rasa ngantok,bosan..dan selang 2 minit setengah je, nak pergi tandas ..katanya lagi, addmath ni pun ada perasaan.. kamu kene sayang kat addmath ni anggapla yang addmath ni kawan rapat kamu.. daripada kamu bercinta,bercouple ape sume bende yang tak elok uh lebih baik kamu bercinta dengan addmath..dapat gak faedah..insyaAllah result kamu semua akan cemerlang,gemilang dan terbilang..''..In a nutshell, you must get up your spirit..and love addmath.. put the addmath subject as your number one subject..hardworking in doing the exercise or addmath test.. ok la..sampai disini sahaja..akhukum fillah..BarakAllahualaikum..antum wa antunna insyaAllah minal majmua'at An-najihin fil imtihan fid dunnia wal akhirat..

Saturday, June 26, 2010

SAHABAT

Salam.Tepat 6 purnama sudah berlalu, bagaikan menunggu matahari menjelma, setiap hari kita melihat matahari..tatkala kilat sabung-menyabung Allah turunkan hujan.. kita sering tertanya-tanya, ''dimanakah matahari?'' lantas Allah jadikan pelangi untuk mewarnai sebuah kehidupan..saya tidak pandai bermain-main kata..kalau salah komenla..dalam hidup ini jangan takut kepada kegagalan,kerna kegagalan itu asas kejayaan..jangan kita mengejar kejayaan kelak buruk padahnya tetapi jadikan diri kita insan cemerlang insyaAllah kejayaan akan mengejar kita..fuhh!!lama betul tak main mende ni..eh mende ni pulak,, berblogla..akhirnya terniat kembali untuk berkecimpung semula di dalam arena blog ini.. (ayat nak gempak je lebih)..ok back to the title..'SAHABAT'.. sahabat ini anugerah Allah..dia adalah cermin kepada diri kita..pilihla sahabat yang baik dan nasihatla sahabat yang nakal..senanya ana rindu kat semua sahabat2 ana.. harap2 anda semua terus tabah dan yakin dengan agama kita iaitu ISLAM.. sempena semua sahabat2ku, ana ingin hadiahkan kepada kalian sebuah lirik yang amat dalam maknanya dari sedalam hati yang paling dalam..bacalah dan hayatilah:

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Tuesday, December 29, 2009

peristiwa pelik

salam..hari berganti hari bulan berganti bulan..tahun berganti tahun..arr kan pantun tu..haha.. pada hari isnin 28/12/2009..atau lebih dikenali dengan panggilan semalam..telah berlaku peristiwa yang pelik,mungkin kelakar..tapi berpengajaran...pada malam sebelum hari isnin itu iaitu 27/12/2009, ana tidur dalam pukul 11.30 malam..keesokannya iaitu pada hari peristiwa pelik ini berlaku.. ana bangunla dari tidur..tapi dalam keadaan ngantuk dan tidak tahu jam pukul berape..lepas bangun ana terus ambil wudhu'..dan dengan yakinnya ana berniat ''sahaja aku solat subuh 2 rakaat kerana Allah Taala..dan bertakbir..fuh selesai solat,mak ana pun tanya arr ye arr pelik kan,anak dia bangun dan terus solat..mak ana berkata''solat apa tadi?''ana pun jawab ''solat subuh mak''..kenapa?''tanyaku kembali..makku berkata''adik[panggilan namaku disebabkan aku merupakan anak bongsu],afif sihat tak?ke mamai?mimpi eh..subuh belum masuk la dik..ha tu la mak dah cakap da semalam..tido awal..nanti boleh solat tahajud..ekau dogil..tak habis-habis men game je..orang bangun awal leh solat tahjud,ngaji,..sekarang baru pukul 5.40''haha nasihat ibuku dalam loghat negeri sembilan''..beberapa minit kemudian,ana terdengar bunyi ketukan gong azan oasis dari televisyen..ana pun terus tengok jam..dan tergelak..pada hari itu ana solat subuh dua kali..sebelum masuk waktu dan selepas masuk waktu..hai..pengajarannya..bangun dari tidur tu baca doa bangun tido..patu tengok jam,sempat ke tak nak wat solat tahajud..jangan terus solat je..dan lagi satu fikirla sendiri..salam..