Loading...

Tuesday, December 29, 2009

peristiwa pelik

salam..hari berganti hari bulan berganti bulan..tahun berganti tahun..arr kan pantun tu..haha.. pada hari isnin 28/12/2009..atau lebih dikenali dengan panggilan semalam..telah berlaku peristiwa yang pelik,mungkin kelakar..tapi berpengajaran...pada malam sebelum hari isnin itu iaitu 27/12/2009, ana tidur dalam pukul 11.30 malam..keesokannya iaitu pada hari peristiwa pelik ini berlaku.. ana bangunla dari tidur..tapi dalam keadaan ngantuk dan tidak tahu jam pukul berape..lepas bangun ana terus ambil wudhu'..dan dengan yakinnya ana berniat ''sahaja aku solat subuh 2 rakaat kerana Allah Taala..dan bertakbir..fuh selesai solat,mak ana pun tanya arr ye arr pelik kan,anak dia bangun dan terus solat..mak ana berkata''solat apa tadi?''ana pun jawab ''solat subuh mak''..kenapa?''tanyaku kembali..makku berkata''adik[panggilan namaku disebabkan aku merupakan anak bongsu],afif sihat tak?ke mamai?mimpi eh..subuh belum masuk la dik..ha tu la mak dah cakap da semalam..tido awal..nanti boleh solat tahajud..ekau dogil..tak habis-habis men game je..orang bangun awal leh solat tahjud,ngaji,..sekarang baru pukul 5.40''haha nasihat ibuku dalam loghat negeri sembilan''..beberapa minit kemudian,ana terdengar bunyi ketukan gong azan oasis dari televisyen..ana pun terus tengok jam..dan tergelak..pada hari itu ana solat subuh dua kali..sebelum masuk waktu dan selepas masuk waktu..hai..pengajarannya..bangun dari tidur tu baca doa bangun tido..patu tengok jam,sempat ke tak nak wat solat tahajud..jangan terus solat je..dan lagi satu fikirla sendiri..salam..

Saturday, December 26, 2009

Persaingan Eksplorasi

salam..kali pertama diri ni menaip lama-lama dan buat blog..maafla kalau ayat tak seindah dan secantik antum dan antunna yang sudah berpengalaman dalam menulis blog..ok tajuk di atas menceritakan tentang program terakhir tingkatan lima iaitu persaingan eksplorasi atau lebih dikenali sebagai (P-EKS)..program ini baru sahaja berakhir..diadakan pada 21-24 disember 2009..
Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat diambil daripada program ini..


21 disember 2009


Kami mula berkumpul di halaman yang kami akan ingat sampai bila-bila iaitu dataran sekolah menengah Islam Al-Amin Gombak..kami menyanyikan lagu tema iaitu KEMBARA SUFI nyanyian Suhaimi..kami hanya membuat bunyi sahaja kerana tidak ada diantara kami yang mengenali lagu ini apatah lagi menghafalnya..kemudian kami diberikan burger untuk mengalas perut.. tepat jam pukul 9 pagi, persaingan pun bermula..tugas pertama kami ialah mencipta bekas yang menahan telur daripada pecah..setelah berfikir akhirnya kami teringat tentang ajaran cikgu azizan yang mengajar subjek fizik..di dalam subjek itu ada menerangkan cara-cara untuk mengurangkan impulsive force..Alhamdulillah terima kasih cikgu ajar kami..kerna kami berjaya menyiapkannya dengan hanya menggunakan surat khabar dan salotape.. eksplorasi diteruskan pula ke UIAM..yang terletak berdekatan dengan sekolah alamin..selepas menjumpai checkpoint di tempat ambil wudhu'..kami ditugaskan untuk menemubual pelajar UIAM.. selepas tamat menebual kami pergi ke stesen bas untuk menuju ke stesen lrt putra..disana kami diuji dengan tugasan menjual buku..kami bertambah tertekan tatkala melihat ada tiga kumpulan yang sudah habis menjual buku sedangkan buku ditangan kami sedikit pun tidak disentuh apatah lagi dijual..setelah hampir sejam ajk memanggil kami dan membuat tawaran membayar pada mereka dan buku itu boleh kami jual di tempat lain..tanpa membuang masa kami terus membayar dan terus menaiki tren ke lrt..didalam lrt Alhamdulillah kami berjaya menjual buku dan mendapat balik duit yang kami kene bayar tadi kepada AJK..setelah sampai di lrt pasar seni kami terus mencari checkpoint dan disitu kami disuruh menghafal lagu tema iaitu kembara sufi.. inilah ilmu yang baru kami dapati daripada program ini iaitu ilmu mencipta rentak lagu.. setiap kumpulan mempunyai kreativiti sendiri untuk memberikan rentak lagu kepada lagu itu..[tu la sape suruh tak hafal]..memang lawak..ana mendengar ade kumpulan yg buat sajak dan pantun untuk menghafal lagu itu..kumpulan ana juga tidak terkecuali..selepas itu kami pergi ke daya bumi untuk menjahit kain..selepas itu pula kami pergi ke masjid negara..kami ingatkan kene buat praktikal solat jenazah ke solat khauf ke..ye arr kan masjid..rupe-rupenye kami ditugaskan untuk menyertai biggest loser alamin..terdapat 3 exercise yang kami perlu lakukan..hai penat betul..sakit pinggang belakang..tapi takpe sabar itu separuh daripada iman..kemudian kami ke planetarium negara untuk menjawab teka silang kata dan Alhamdulillah kumpulan ana berjaya menjawab semua soalan dengan betul.. kemudian kami diminta membuat kertas kerja bagi sesuatu program di tasik perdana.. kemudian di taman burung kami ditugaskan untuk membuat penyata kewangan bagi bajet membuat program..dalam kumpulan ana, ana sorang je yang ambil prinsip perakaunan yang lain semua biologi..jadi ana pun imbas kembali ajaran cikgu masniah tentang tajuk penyata kewangan dan akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan itu.. selepas itu,kami pergi ke kaunter komuter kuala lumpur..disana kami diminta untak menjadi ''waiter'' di restoran pak lang..selepas itu kami menaiki komuter menuju ke padang jawa..didalam komuter ana tak tahu nak tulis ape sebab ana tertidur akibat kepenatan yang teramat..didalam komuter itu..kumpulan ana bersama dengan 3 kumpulan banin..mereka berborak-borak sedangkan ana melayan tidur..kami juga ditugaskan untuk menghafal hadis didalam komuter..setibanya di komuter padang jawa,kami ditasmik oleh ajk yang berada disitu..setelah habis ditasmik..kami diminta oleh ajk utk menelefon teksi untuk mengambil kami di situ dan menghantar kami ke taman pertanian bukit cherakah shah alam..akhirnya kami tiba di situ dalam pukul 4.30 petang ..tapi tambang mahal rm15.tp takpe asalkan smpi..kami ingatkan ble dah sampai tempat tu, itu checkpoint yg terakhir..rupe-rupenye kami kene masuk lagi dalam sehingga bertemu cg dan ambil kunci rumah..kami diberitahu oleh cikgu bahawa kami adalah kumpulan yg keempat tiba.. tak kesahla no berape jadi sampai..Alhamdulillah..kami pun pergi melihat rumah kami..fuh hebat ade tilam, almari..tp sayang, takde kipas..haha..tapi kami bersyukur..name pun eksplorasi takkan nak tido tempat yg ade aircond pulak kan..ok arr daripada kene tidur dalam khemah..hari pertama berlalu dengan menceritakan pengalaman masing2 dan terus beradu..

22 disember 2009

Kumpulan ana bangun seawal 3.30 pagi..inilah uniknya program al-Amin..walaupun para peserta penat berlari satu hari,Qiamulail tetap diadakan..Kumpulan ana terus menuju ke dewan solat tetapi malangnye,tiada sape disitu..selepas bertahajud dua rakaat..kumpulan kami bersetuju untuk mengejutkan peserta lain..selepas Qiam..kami pun solat subuh yang diimamkan oleh adil.. selepas tazkirah oleh pak imam..kami bergegas siapkan diri untuk aktiviti seterusnya.. selepas bersarapan nasi goreng..kami berjalan kaki ke tempat basikal dan menaiki bas ke skytrek.. skytrek merupakan tempat berjalan di atas udara..dimana disini terletaknya flying fox, dan sebagainya..kami bermain dengan penuh gembira..ana yang sudah keletihan..tersangkut di tengah2 udara..Ya Allah betapa takutnya ana waktu kat situ..selepas hampir 20 minit terkandas, urus setia skytrek datang menyelamatkan ana..time kasih abg..selepas tamat skytrek.. kami berehat dari petang sampai malam..selepas solat isyak, ceramah bertajuk warna-warni universiti diberikan oleh abang asif, abang basit, abang abdul rahman dan seorang kakak.. selepas itu kami diberikan minuman malam atau lebih dikenali dengan name supper.. kusangkakan selepas minum ialah tidur..tetapi tidak..kami akan melalui satu malam yang panjang dengan mengingati Allah..program ini diberi nama kembara malam..kami diminta oleh ajk untuk berjalan seorang demi seorang merentasi hutan dalam keadaan yang sungguh gelap.. di dalam hutan kami diuji oleh pelbagai bunyi seperti bunyi serigala,dan pelbagai lagi.. tapi rasanya program ini tak capai objektif kot sebab ana rase kebanyakan peserta ingin cepat habiskan perjalanan ini agar dapat tidur..so mindset kebanyakan peserta ialah tidur..tapi tak tahula kan manusia kan..rambut je sama tapi hati lain-lain..selepas tamat kami pun tidur dan tiada Qiam pada hari itu..



23 disember 2009




selepas solat subuh,kami pun tidur kembali akibat tidak cukup tidur..kerna program kembara malam..ajk juga turut tertidur..tepat jam 9 pagi kami diminta untuk pergi ke tempat kayak dan berkayak di tempat yang begitu sukar..iaitu tempat yang mengandungi banyak bunga teratai.. selepas berkayak kami bermain bola di dalam swimming pool..sungguh seronok apabila ustaz isharuddin dan ustaz hanif join sekali mandi swimming pool..kami membuat pelbagai aksi lompatan..selepas bermandi-manda dan solat zuhur,kami ditugaskan pula untuk mengambil basikal dan akan berlumba basikal mengikut masa..sungguh penat..kami terpaksa menolak basikal kerana bukit yang amat tinggi..ntah macam manala rizal dan josiah ng dapat menahan sakit kaki tatkala mendaki bukit yang tinggi menggunakan basikal..didalam pertandingan ini kumpulan abdurrahman menang kerana berjaya menyiapkan tugasan dengan pantas..pada malamnya diadakan malam seni..kumpula ana diminta untuk membuat dikir barat..tapi ana rase kumpulan zaid paling best, sebab mereka berjaya membuat wayang kulit dengan menggunakan barang-barang terpakai..memang kreatif mereka.. cerita mereka juga sungguh menarik..sebab mereka cerita tentang palestin..isu yang amat menyentuh jiwa semua umat islam..selepas membuat persembahan kami pun tidur..

24 disember 2009

seperti biasa kami melakukan Qiam..tapi yang seronoknya ramai orang datang awal untuk solat tahajud dan subuh pada hari ini..mingkin hari last kot..tak tahu la..emm selepas bersarapan roti canai..kami diberi masa selama 2 jam untuk aktiviti bebas..mula-mula kumpulan ana mengambil gambar untuk kenang-kenangan..selepas itu kami pun pergi ke tempat basikal untuk menyewa basikal untuk meronda-ronda di dalam bukit cherakah..ada juga kumpulan yang naik bas.. kami berbasikal menuju ke lorong sabar..disinilah perkara paling best berlaku..semasa ingin melalui jalan ini..banyak betul beruk,monyet,kera dan apa-apa yang sama dengannya duduk di jalan itu.. ana pun tryla lalu je..haha akibatnye basikal ditinggalkan dan ana lari dengan sekuat hati kerana beruk kejar..haha..besar lak tu..ketua beruk kot..selepas ketua beruk sudah memanjat pokok kami pun speed habis-habisan,dan Alhamdulillah kami berjaya lepasi kepungan beruk.. kami pun meneruskan perjalanan,akibat tidak mendengar nasihat orang,salah seorang daripada kumpulan kami terjatuh kerana jalan licin..dah la jatuh depan ajk..haha..selepas itu, kami meneruskan berbasikal sehingga sampai ke rumah ajk..ajk memberitahu ada rumah 4 musim.. kami pun pegi ke rumah itu..fuh..sejuk betul..musim sejuk rupenye dalam rumah tu.. kami yang tak pernah ke sabah sarawak apatah lagi london,berasa macam kami berada di tengah-tengah iceland,bernafas keluar asap..haha..best sangat..thanks ajk bagitahu tempat ni..selepas mengambil gambar..kami pun pulang ke dewan tempat berkumpul..disini majlis penutup diadakan..sungguh sedih sekali..kerana selepas ini tak tahu bile boleh berkumpul camni lagi wat aktiviti sama-sama..selepas makan dan solat kami pun pulang ke sekolah menaiki bas.. di dalam bas,semua orang menjadi pelik,apabila radio dipasang,semua menjerit..haha maklumla duduk dalam hutan,mane ade radio..kami tiba di sekolah dalam pukul 4 petang..
tamat..