Tuesday, November 30, 2010

MUHASABAH 2

Salam, perkataan yang selalu digunakan tatkala penulisan mula dikarang.. kem hafazan baru sahaja tamat beberapa hari yang lepas, sungguh seronok melihat murid2 gigih berusaha untuk menghafal..tenang sahaja rasa hati melihat mereka menghafal dengan bersungguh-sungguh..ada juga yang kuat bermain dan kuat bercakap, tetapi nak buat macam mana bercakap dan bergelak tawa itukan fitrah.. tamat kisah kem hafazan..

pada kali ini saya akan bawakan satu kisah, dimana kisah ini yang membuatkan saya terus sedar dalam lamunan diri saya..kisahnya bermula di sebuah negara yang diterajui oleh seorang raja yang kaya dan berpengalaman..pada suatu hari, raja ini memanggil 3 orang pembesarnya datang mengadap baginda.. raja itu bertitah''wahai ketiga-tiga pembesarku, beta inginkan buah-buahan, pergilah kalian ke kebun buah-buahan masing-masing dan penuhkan buah-buahan itu dalam satu guni.. setiap seorang satu guni.." maka titah sultan itu dijunjung..

pembesar pertama ini patuh dan tunduk dengan titah yang diberi,walaupun beliau tahu bahawa raja beliau seorang yang kaya tetapi beliau memilih buah yang elok dan cantik yang terdapat di kebunnya untuk dipersembahkan kepada rajanya, pembesar kedua pula tahu bahawa rajanya itu seorang yang kaya raya, maka beliau hanya kutip sahaja buah-buahan tidak kira sama ada elok atau tidak beliau campurkan sahaja sampai penuh satu guni untuk diberikan kepada raja, pembesar ketiga pula berfikir yang raja tidak akan melihat isi di dalam guninya dan beliau tahu yang rajanya sudah kaya lantas beliau kutip sahaja ranting, daun, kulit-kulit pokok untuk diisi di dalam guni tetapi di bahagian atas sekali beliau meletak sedikit buah-buahan untuk mengkaburi apa yang berada di bawah sedikit buah-buahan itu..

setelah diisi penuh satu guni mengikut kreativiti masing-masing, ketiga-tiga pembesar tadi itu mengadap raja mereka. raja itu bertitah" bagus pembesar-pembesarku, sekarang beta perintahkan kalian ambil guni masing-masing dan masuk ke dalam penjara selama 3 bulan.." ketiga-tiga pembesar itu terkejut dan terpaksa menurut perintah raja itu..

di dalam penjara, mereka tidak diberikan makan dan minum, bekalan mereka hanyalah guni masing-masing..pembesar pertama amat bersyukur kerana beliau memilih buah-buahan yang elok dan cantik,beliau makan buah-buahan yang dikutip itu selama berada di dalam penjara,selepas 3 bulan pembesar pertama ini masih hidup dan bertenaga serta sihat wal afiat.

pembesar kedua pula, berbekal dengan guni yang diisi dengan buah-buahan yang bercampur elok dan busuk..selepas tiga bulan, beliau keluar dengan perutnya sakit cirit-birit akibat makan buah yang busuk.

pembesar ke tiga pula, hanya mampu termenung dan terkedu melihat isi guninya dan tidak sampai 2 bulan mati di dalam penjara akibat kelaparan..

tamatlah cerita saya, lihatlah kalian ketiga-tiga watak pembesar itu, ada yang buat kerja dengan tekun, ada yang hendak dan tidak hendak buat kerja dan ada yang buat sambil lewa..kita kaitkan dengan kehidupan kita..kita sering melakukan ibadah wajib + ibadah sunat..sampai suatu ketika kita tiba-tiba rasa kita mula malas untuk lakukan ibadah itu lagi kerna kita rasa kita sudah banyak melakukan amalan..sedarlah wahai ikhwaniku, janganlah kita bangga dengan segala pekerjaan yang kita buat dan bangga dengan apa yang kita kecapi selama kita hidup..janganlah kita sombong dan berlagak macam amalan kita dah banyak..ingatlah NABI MUHAMMAD S.A.W ialah orang yang dijamin syurga, tetapi baginda tidak pernah berhenti melakukan ibadah kepada Allah sampai kaki baginda bengkak..akhir sekali ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AS-SOFF AYAT 2 MAKSUDNYA ''WAHAI ORANG YANG BERIMAN MENGAPA KAMU KATAKAN PERKARA YANG KAMU TIDAK BUAT?''

sampai disini sahaja kalam saya, ambillah hibroh wahai ikhwaniku..

-Wasalam-

-~maafkan aku andai keterlaluan bicaraku ini..~-

2 comments:

  1. astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. syukran atas post ini.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, isyraf dan muaz banyak mengajar ana..selama perkenalan kita.

    ReplyDelete