Monday, November 22, 2010

MUHASABAH

Salam, sudah lama tidak mengarang..rindu tetiba terbit pada hati untuk menulis.. Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada diri ini dan antum semua untuk bernafas agar dapat teruskan aktiviti2 yang bermanfaat insyaAllah,saya ingin menceritakan sebuah kisah kepada antum, kisah ini bermula tatkala seorang pemuda yang kehilangan arah tujuan, merayau-rayau di tengah2 jalan keseorangan tanpa berteman.. semasa beliau melalui jalan yang gelap atau lorong yang gelap atau jalan yang tidak mempunyai lampu jalan, secara tiba2 di penghujung jalan tersebut, pemuda itu ternampak sebuah lorong yang lampunya bercahaya dan melihat ada seorang pemuda sedang duduk.. beliau mempercepatkan langkah untuk berjumpa pemuda yang sedang duduk tadi..pabila sampainya beliau..


bersambung..


haha gurau je, tatkala beliau sampai, beliau pun bertanya dengan penuh tanda tanya, ''kenapa saudara duduk di bawah sinaran lampu ini?'' pemuda yang duduk itu menjawab 'saya sedang mencari sesuatu' pemuda itu bertanya kembali 'apakah barang yang saudara cari itu?' pemuda yang duduk itu jawab '' kunci kereta'' pemuda itu berkata 'boleh saya tolong carikan?' silalah kata pemuda yang duduk itu..setelah hampir 45 minit mencari, tidak juga ketemu kunci kereta itu..pemuda itu bertanya kepada pemuda yang duduk itu, 'benarkah saudara kehilangan kunci kereta disini?' pemuda yang duduk itu jawab 'tidak, saya hilang dalam rumah'..pemuda tadi itu terdiam..

saya tahu anda semua tidak berapa faham dengan cerita saya ini, saya akan terangkan.. inilah kisah hidup kita,apabila kita sedar kesalahan diri kita, kita muhasabah..tapi antum semua perlu tahu apa tujuan muhasabah dan bagaimana ingin melakukannya.. ada orang muhasabah tapi dia muhasabah luar pada diri dia bukan di dalam diri dia, macam dalam kisah tadi, hilang kunci kat dalam rumah tapi cari dekat luar rumah.. pokoknya, kita perlu selami diri kita, tanya hati kita apa yang kita sudah lakukan..muhasabah dalaman dan luaran bukan luaran sahaja.. contoh kalau kita merokok, kita nak berhenti , tapi cuba cuba cuba tak dapat jugak..kenapa??sebab kita tak betul2 ingin berhenti.. kerana luaran kita sahaja yang nak berhenti tapi dalaman mahu lagi.. maka saya menyeru kepada semua umat ISLAM dan pembaca blog agar tingkatkanlah ketaqwaan kepada Allah..insyaAllah..

maafkan aku andai keterlaluan bicaraku ini..

wassalam

1 comment: