Tuesday, September 27, 2011

FINAL EXAM !

Assalamualaikum, alhamdulillah dengan izin Allah, tergerak rasa hati ingin menulis di laman blog yang hampir 2 tahun tidak terusik. apa khabar rakan pena sekalian? semoga antum berada di dalam rahmat dan naungan Allah senantiasa. Ya, sekarang ni musim periksa, junior2 ana baru habis TRIAL SPM, ana pulak mula periksa rabu 28/9 hingga 3/10, Junior ana yang lain akan mula periksa PMR 4/10 hingga 12/10. Bittaufiq wan Najah antum dan antunna..Allahu yubarik fikum, ''Allahumma ja'alna minan najihin wal fal-'izin fil imtihan fid dunnia wal akhirat'' ..insyaAllah. jawabla dengan hati yang tenang,jangan meniru kerana meniru akan memudaratkan diri kita juga, yakinla dengan bantuan Allah, banyakkan berdoa dan bertawakkal dan. tingkatkan usaha. Paling penting jaga hubungan kita dengan Allah, ibu-bapa, guru-guru dan rakan2 seperjuangan.. insyaAllah kita berjaya dalam kehidupan kita dunia dan akhirat.. akhir kalam..

pergi ke hutan memburu rusa,
berehat sebentar menikmati air kelapa,
hidup ini, bantu-membantulah sesama kita,
agar kejayaan itu dinikmati bersama.

wassalam~ :-)

1 comment: